السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengarkan bait-bait lagu ni eh..
Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita
Rentaslah seribu laut
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta
Keluarga..
Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu
Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah..
Sayangi keluarga
Di situlah bahagia..
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita
Rentaslah seribu laut
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta
Keluarga..
Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu
Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah..
Sayangi keluarga
Di situlah bahagia..
Lagu bertajuk "Keluarga Bahagia" yg didendangkan oleh kumpulan nowseeheart lirik ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi sgt mendalam maksud yg tersirat..jemput la dengar ye..hehe, tujuan sebenarnya sy nk memperkenalkan tulang belakang sy dlm keluarga..jom! sy kenalkan..
Ni la dia..
Nama diberi oleh ayahanda tercinta Anis Aqilah, panggilan manja dirumah kakak..ehe. Anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga. Adik yg pertama selesa dipanggil “abang” iaitu Ahmad Aidil Rafiq berusia 20 tahun. Manakala adik yg ke-2 selesa dipanggil “adik” iaitu Ahmad Haziq Haikal berusia 17 tahun. Orang kata nama kami sedap-sedap belaka..hik2, Alhamdulillah..
Nama ayahanda pula En. Kamal bin Kaimi, manakala bonda pula Pn. Khalidah binti Yusuf. Dirumah kami memanggil mereka dengan panggilan “ayah & umi”. Simple pengenalan eh, x banyak yg menarik pun..nk tau banyak kenalah jadi sebahagian daripada keluarga ni, ahaks! ;) Antara adik beradik semua masing-masing ada kelebihan masing-masing. Semua masih belajar, insyaallah akan sambung belajar..antara kami bertiga adik yg kecik la org kata 2 otak paling geliga..sedang dalam tingkatan 5, bersekolah di Kolej Islam di Klang (KISAS) sy simpulkan dia seorang yang pelik dan hidup dalam dunia dia jek,haha,,jahat tol sy..suka akan buku2 ilmiah tentang agama. Tidak suka dipanggil dgn panggilan “abang” dan masih gedik nak mengaku sudah “bujang” haih..manusia jenis apakah..?. Si abang pula lain ceritanya..
Baru sahaja tamat STPM, setia pada sekolah tercintanya di Sek. Men. Agama Bt38 Sabak Bernam sekarang bekerja sementara sbg Guru Kafa di Bukit Jelutong, Shah Alam. Suka berbisnes..pernah dengar produk MONAVIE?? Ha! Itula bisnes die..anda berminat? Atau nak tau lebih lanjut? Sila roger sy 0k! ;) hehe.. sy simpulkan beliau ni kira kalau nk dipanggil ustaz 2, ustaz rock la..beza dgn adik yg istiqamah imej die. Seorang yg kelakar..suka bt org gelak dgn aksi2 die yg kadang-kadang diluar jangkaan. Suka “mengepow” sy, hek2..tp seorang yg sgt melindungi keluarganya..aktif, pemimpim yg baik..antara kami bertiga dialah paling suka buat hal sendiri, tp kami sangat rapat..kalau kemana2 especially event keluarga semua ikut!
Cerita pasal sy pula hmm..bersekolah di SAM Sg Bertih Klang hingga tingkatan 3 saja, meneruskan pengajian di Sek. Men. Teknik (ERT) Setapak dan menyambung pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam (PSIS). Mengambil jurusan Diploma Pengurusan Hotel & Katering dan sudah tamat pengajian, alhamdulilah.. =) aktif la jgk kt sekolah dan kt IPT..sy suka buat event! Simple mengenai sy seorang yg “tenang diluar tapi kasar didalam” hahaha..x kenal maka x cinta, sudah kenal harapanlah nak bercinta..hehehe, so jangan buat kesimpulan terlalu awal..keras kepala dan kadang kala susah menerima pendapat orang lain. Sensitif! Hak2.. =p sangat x suka ditolong..sbb bole bt sendiri, hm apa lagi? Pergila cari sendiri..eheh.
Mengenai ayah, beliau berusia 48 tahun, bekerja di Syarikat Polens di Shah Alam sebagai Supervisor kilang. Emm seorang yg x banyak cakap, pandai masak tau…jangan main2..hehe. Sukar difahami sifatnya tapi sy sangat memahami kehendaknya. Umi pula berusia 51 tahun. Walaupun berusia tapi macam awet muda tau..huhu. kalau cerita pasal umi memang x kan habis kn? Bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Sek. Men. Setia Alam..seorang yg sangat3 penyabar, cekal hatinya dan tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan! Ada bran..?
Baiklah, apa yg boleh kita ambil pengajaran disini ialah semua orang ada keluarga. Betul x? semua orang sayang pada keluarganya..dan semua orang mesti bangga dengan keluarga masing-masing..(^^) Alhamdulillah..akhir zaman ni macam2 perkara akan berlaku. Sebagai manusia memang kita x lepas daripada melakukan kesilapan..jadikan keluarga paling atas dalam hidup sbb mereka satu2nya insan yg paling dekat dgn kita. Jangan disesalkan kekurangan yg ada sebaliknya banggalah dengan anugerah yg x ternilai ini iaitu “keluarga” kita..dan berusahalah menjadi orang yg boleh membanggakan diri dan keluarga..
Sekian.. =)


