السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tersebutlah kisah seorang wanita cantik bernama
Mawiyah binti Afzar yang hidup di tanah Arab. Selain cantik Mawiyah juga
terkenal sebagai gadis yang cerdas akalnya dan dari keturunan bangsawan. Ramai
lelaki yang datang meminangnya, namun Mawiyah tidak mahu memilih calon suaminya
sebelum menguji kecerdasan dan latar belakangnya terlebih dahulu.
Suatu ketika, tiga lelaki dari keturunan bangsawan dan
hartawan datang meminangnya. Mereka itu adalah Hatim At-Ta’i, An-Nabighah dan
seorang lagi yang hanya dikenali sebagai lelaki dari suku Nabit. Kepada
ketiga-tiga lelaki itu, Mawiyah menyuruh pulang dan membuat syair tentang
keagungan diri masing-masing. Setelah itu barulah datang lagi untuk membacakan
syair-syairnya. Maka ketiga-tiganya pun pulang untuk menciptakan syair yang
paling baik sambil menyembelih unta sebagai kesyukuran.
Mawiyah yang cerdik akalnya itu memakai pakaian hodoh
seperti orang tua lalu keluar menuju rumah ketiga-tiga lelaki yang meminangnya
tersebut dengan menyamar sebagai pengemis.
Mula-mula dia datang ke rumah lelaki dari suku Nabit
untuk mengemis. Tidak sesiapa pun yang menyedari akan perkara itu. “ Tuan
berilah saya sedikit makanan untuk mengalas perut.” Kata Mawiyah. Ketika sampai
di rumah lelaki Nabit.
Lelaki Nabit lalu memanggil hadamnya dan menyuruhnya
agar pengemis itu diberi sedikit tulang-tulang unta sembelihan. Mawiyah
menerima pemberian itu dengan suka hati dan mengucapkan terima kasih.
Tanpa berfikir panjang, Nabighah mengambil ekor-ekor
unta yang disembelihnya dan diberikannya kepada si peminta sedekah itu.
“Terima kasih.” Kata Mawiyah lalu pergi.
Terakhir Mawiyah pergi ke rumah Hatim At-Ta’I yang
sedang sibuk mengadakan persediaan untuk kenduri. “Tuan, berilah saya sedikit
makanan.” Kata Mawiyah. “ Siapa engkau ini?” tanya Hatim dengan lemah lembut. “
Saya seorang fakir dari kampung, datang untuk meminta sedekah. Berilah saya
sedikit makanan.” Jawab Mawiyah.
“Baik, tunggu sekejap. Aku akan mencarikan daging yang
baik untuk kamu.” Kata Hatim.
Dia pergi ke dapur dan mengambil daging yang terbaik
dari unta yang disembelihnya dan kemudian diberikannya kepada peminta sedekah.
“Terima kasih tuan.” Kata Mawiyah.
Setelah berhasil mendatangi rumah ketiga-tiga orang yang meminangnya. Mawiyah pulang
membawa hasil “mengemisnya” dengan gembira. Tulang, ekor dan daging yang
didapatinya dari meminta sedekah itu dimasaknya lalu disimpannya dalam bekas
berasingan.
Pada masa yang telah ditetapkan, ketiga-tiga lelaki
itu datang ke rumah Mawiyah untuk memperdengarkan syair gubahan masing-masing.
Mula-mula Mawiyah mempersilakan Nabighah agar
membacakan syairnya. Nabighah berdiri sambil membaca syair yang memuji dirinya
sendiri:
Cuba
kau tanya kepada suku Dzibyan
Mereka
tentu tahu, siapa aku
Siapa
keturunanku
Ku
hamparkan semua hartaku
Sama
ada teman atau seteru
Semua
datang menyerbu
Semua
merasa juadah dan lauk sedap
Kemudian
lelaki Nabit maju memperdengarkan puisinya
Wahai
Mawiyah
Sudahkan
kau risik tentang diriku
Dan
apa yang aku buat?
Di
saat-saat manusia kelaparan
Aku
hamburkan hartaku kepada mereka
Semua
mendapat bahagian
Walaupun
yang datang tidak terbilang.
“Engkau
hanya mengarut belaka. Bicara kosong.” Kata Mawiyah setelah mendengarkan syair
lelaki Nabit itu.
Akhirnya
Hatim tampil membawakan syairnya:
Wahai
Mawiyah yang jelita
Lama
sudah aku merinduimu
Namun
banyak penghalang yang merintang
Wahai
Mawiyah!
Yang
namanya harta, hanyalah sementara
Sekejap
ada esok lenyap
Ia
bukan senjata bagi anak muda
Mawiyah
tidak memberikan apa-apa komen terhadap syair Hatim ini. Sebaliknya dia hanya
mengarahkan kepada pelayannya agar menghidangkan bahagian-bahagian unta hasil
mengemis yang telah dimasaknya itu. Sebelumnya, Mawiyah telah mengajar si
pelayan kepada siapa tiga mangkuk itu dihidangkan.
Apabila
Mawiyah masuk, pelayan datang membawa hidangan tiga mangkuk. Sup tulang unta
dihidangkan kepada lelaki Nabit, ekor unta dihidangkan kepada Nabighah dan
Hatim mendapat bahagian daging yang paling bagus.
Bukan
alang kepalang terperanjatnya si lelaki Nabit dan Nabighah, apabila melihat
pada mangkuk yang dihidangkan kepadanya. Kerana ternyata hidangan itu adalah
barang yang mereka berikan kepada pengemis semalam. Barulah mereka sedar bahawa
yang datang semalam itu adalah Mawiyah yang menyamar sebagai pengemis tua. Kedua-duanya
tertunduk malu. Sementara Hatim senyum-senyum dan kagum akan kecerdikan si
Mawiyah.
“Sungguh
Hatim itu lebih baik daripada syairnya.” Kata Mawiyah sambil melirik kepada
Hatim sebagai tanda setuju bersuamikan dia. Kedua-dua lelaki lain hanya dapat
menggigit jari sahaja (=
p/s: itu masa zaman nabi…kalau zaman terlebih
kecanggihan teknologi ni cmne ea nk uji…?hehe ;)
sekian...



