السلام عليكم
ورحمة الله
وبركاته
“Tuntutlah ilmu sampai ke negeri china..hu3
Setelah kira2 setahun lebih sy berehat panjang sejak habis diploma
kosong je rasa. Siapa yg x nk sambung belajar tinggi2 kan? Hasrat hati nampaknya
berbelah bagi lagi..
Sampai ke hari ini sy masih bekerja di sekolah. Kerana menolong org dan
tunggu kontrak habis hidup sy beginilah, hehe..bangun pagi kerja masuk 9 pagi
balik 12 tengahari, petang terpacak depan tv jew..ada kala terasa bosan.. :(
Bukan x mengharap, doaku sentiasa..permohonan x pernah diterima
membuatkan hati kadang2 terasa putus asa..disebabkan hati ini juga yg saban
hari serba salah, tersepit antara kehendak diri dan kehendak kedua org tua..buntu..
Ada juga dalam 2,3 kali mohon. Yg pastinya paling diharapkan dalam bidang
pendidikan kerana itu jugalah harapan kedua org tua aku..pada mulanya syukur
sgt sbb terpilih dalam ujian Medsi yg lalu. Umi lah antara org yg paling
bahagia bila sy dan aidil dpt bt ujian tersebut. Tapi nasib x menyebelahi kami.
Kecundang dalam ujian maka tiadalah harapan dipilih dalam interview..hu3.. Redo
dgn takdir Allah, kami teruskan kehidupan seperti biasa dan sentiasa berharap
ditempatkan dimana2 U kelak. Umi x pernah tinggal pesan.. “malam td bangun
tahajjud x? ada buat hajat x mtk dgn Allah” “dhuha jangan tinggal”.
Hati berganti hari, aku tekadkan diri andai kata x dpt permohonan ni aku
berniat nk teruskan bekerja saja. Cari pekerjaan tetap sambil 2 boleh buat PJJ
(Pengajian Jarak Jauh) degree. Dalam masa itu aku sentiasa doa agar ditetapkan
pendirian dan ditunjukkan jalan keluar yg mana satukah pilihan terbaik,,andai
aku pilih terus bekerja aku terpaksa menghampakan harapan org tuaku. Kadang
kala aku sendiri keliru, seolah2 perjalanan hidupku harus ditentukan mereka.
Dari kecil aku adalah satu2nya anak yg menurut kata mereka berbanding adikku
aidil. Apa sahaja. X pernah cerewet dalam soal pemilihan buat aku terbiasa. Sehingga
kini, aku x tahu apa yg patut aku pilih. Bayang2, goyah diri dan tiada
pendirian diri membuat aku tersedar.
Tiba masanya, permohonan penempatan ke universiti dan rayuan juga x de
rezeki. Aidil pn begitu..aku pernah beritahu umi ayah. “kalau kakak x dpt
sambung biarlah adik2 yg teruskan..sekurang2nya akk dah ada diploma, diorg
lelaki biar belajar tinggi2” pada kenalan2ku juga yg lelaki aku katakan begitu.
Andai ada insan istimewa aku lebih galakkan beliau belajar setinggi yg boleh :)
kadang kala terasa rendah diri juga cemburu dengan rakan2 sekelas, rakan2
daurah, rakan2 sekolah, ramai lagi lah.. semua ada ijazah masing2, paling
terasa bila rakan2 yg dapat sambung dalam pendidikan..
Kawan2 yg tahu semua kata belum sampai rezkinya..insyaallah ada
rezkinya. Ya..cepat atau lambat tapi jgn putus asa. Mungkin Allah takdirkan aku
yg lebih baik siapa tahu :) aku bukan apa..saingan sekarang x usah ckp la..yg
menganggur berapa ramai. Kalau aku sambung umurku dah berapa nanti keluar. 1
hal lagi kalau terus dapat kerja x pela..kalau sangkut?? Belajar pn cmtu jgk, x
semua perjalanannya indah, lancar..kalau sangkut macam aku ni? hehe..nak2 aku
anak sulung. Ada juga terfikir, buat apalah ko nk fikir sgt bnde2 ni nis..tp
aku rasa aku patut fikir. Entahla..setiap org ada masalah tersendiri, “siapa
aku sekarang terbentuk dari aku yg dulu” pengalaman hidup membuatkan aku lebih
berhati2, lebih berdikari, lebih bersifat keinginan memenuhi keperluan org
lain. Aku ada sorg umi je, dialah satu2nya insan yg paling banyak berkorban.
Kerana pengorbanan beliau lah, beliau diuji dengan penyakit berat. Apatah lagi
umurnya yg aku kira dia sekarang sudah boleh menimang cucu dan kesihatan yg x
menentu. Kerana x sanggup juga biarkan beliau terus bekerja keras aku lebih
rela mendapatkan pekerjaan supaya dapat meringankan beban beliau. Tapi umi
jangan risau, keinginan belajar 2 sentiasa ada..kakak janji!!.. Dan kerana aku
satu2nya anak perempuan dalam keluarga segala luahan hati umi akulah tempat
beliau mengadu..
Dan sekarang ni, aku fokus utk mencari pekerjaan tetap. Kalau boleh
biarlah dalam kerajaan. Kalau tgk org lain, mudah je dapat..tapi keluarga aku
penuh dengan dugaan yg menuntut kesabaran utk mendapatkannya..ada kala cepat
ada kala lambat, bukan berniat utk menyalahkan ketetapan ilahi tapi satu
kesedaran betapa Allah itu sedang menguji kami :)
Ditempat aku kerja sekarang ni sepatutnya habis kontrak bulan 11 ni tapi
sekolah melanjutkan utk setahun lagi. Masa itu, insyaallah aku akan bertukar
kerja..yg akan gantikan tempat aku adalah anak lelaki cik Has kwn sekerja umi.
Apa yg aku rasakan sekarang ni terasa sesak nafas,hehe..sesak nafas bila
memikirkan kerja apa aku nk buat cuti sekolah nanti. Nak mengajar kt daurah x
pasti lg..lgpn sebulan 2 aku fikir waktu itulah masa terbaik utk aku cari kerja
lain. Almaklumlah, ada “boyfren” yg kne tanggung.hee.. ;)
Kepada rakan2 yg membaca entri ni, sy mohon doa dari kalian. Doakan yg
terbaik utk sy..kepada rakan2 yg senasib dgn sy terutamanya rakan sekelas, sy
sentiasa doa utk kalian. Jangan putus asa..insyaallah ada yg lebih baik menanti
kita.. ^_^
“Kekuatan diri kita harus dicari dalam tahajjud, dalam taubat, dalam istikharah,
dalam dhuha..juga dalam hajat. Mengadulah, mintalah, rayulah pada Allah kerana
Dia sajalah tempat kita mencurahkan isi hati..”
Banyak juga perancangan sy kalau itu jalannya. Memang susah orang lain
nk faham..belum ada juga insan yg memahami diri ini. Tapi kekuatan sahabat
sentiasa memberikan dorongan dan semangat utk teruskan perjuangan. “Ya Allah,
jikalau itu takdirnya relakan aku untuk menerimanya..jikalau itu takdirknya
relakan aku agar dapat memberi manfaat kepada orang lain..jikalau itu takdirnya
permudahkanlah jalan hidupku, hidup rakanku, juga hidup keluargaku..”
Aku harap aku akan dapat menunaikan kesemua hasrat hati sebelum aku
diijabkabulkan. Ini saja peluang yg ada..aku juga berharap sekiranya tidak
kesampaian, imamku dapat memberikan keizinan..
Allahumma Aminn… :)
p/s: sentiasa meminta agar mendapat imam yg akan sama2 bangun qiam
setiap hari suatu hari nanti (: indahnya.. ^_^

