26 March 2012

Daurah Penghayatan Remaja Islam Siri 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ehem..lama rasa x post something, apa kabar semua?  Diharapkan semuanya dalam keadaan baik2 saja..apa khabar iman anda? Adakah sentiasa segar? Hehe..amin mudah2an..entri kali ini sy nk ceritakan sedikit pengalaman terlibat program baru2 ini pada 12-15 Mac 2012 iaitu program daurah penghayatan remaja islam, dan sy diberi tugas sebagai fasilitator..jemputan dari sahabat lama semasa di sekolah teknik, saudari Nurul Suhada namanya. dh lama dah sebenarnya dari tahun lepas tapi baru kesempatan hadir pada kali ini disebabkan komitmen kerja..Alhamdulillah syukur.. ^^

Sempena cuti sekolah ni dari x de buat apa sy menyambut baik jemputan ini, dimulakan dengan meeting pada hari ahad 11 Mac 2012, berdebar2 je rasa..taklimat tersebut dikendalikan oleh ustaz Mahmood dan ustaz Rahmad menceritakan serba sedikit tentang perjalanan program tersebut, sy biasalah..udah lama x berprogram jadi blurr,huk2..dan sy memilih untuk menjadi fasilitator bagi pelajar rendah atas iaitu darjah 4,5,6.. bagus tau program ni, dengan bayaran RM30 sahaja banyak ilmu anak2 ni dapat. Berkekuatan hanya 19 orang fasilitator sahaja dengan jumlah dalam 200 lebih pelajar Alhamdulillah kami mampu membentuk teamwork yg mantop..heh. para pelajar dari 6 tahun sehingga darjah 1-6..

Bila tiba hari pendaftaran lagilah bertambah rancak jantung ni berdetak ;) apa2 pun kira berjaya la pada hari tersebut. Semua fasilitator memainkan peranan masing2 dengan baik sekali hanya dengan sekali arahan. Team sy terdiri daripada Syed Ali (ketua fasi), Munir, Suhada, Puteri dan Hawa. Sy..mendapat kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan 6 seramai 32 peserta..pergh! mcmnila kan rasanya bila jadi cikgu sekolah..macam2 ragam. Masa nilah tekak kering la..suara sipi2 la..hehe, aircond pulak 2 haih..hari first biasalah, sesi perkenalan (ice breaking). Dimulakan dengan kesemua fasilitator memperkenalkan diri masing2. Banyak jgk energizer yg dipelajari adik2 ni atas tunjuk ajar semua fasilitator. Sy plak bukan jenis ingat bile bt apa2 game or trademark, jadi dapatlah jgk belajar dari mereka semua..seronok! ;) macam2 situasi sy nampak..hehe. Pada sebelah petang pula adik2 ni membuat aktiviti yg dinamakan “Kerajaan Islam” dimana lebih kepada mencipta nama kumpulan, trademark kumpulan dan apakah ciri2 yang ada pada setiap ahli kumpulan. Dan program berakhir pada jam 5 ptg selepas selesai solat asar berjemaah.

Dari kiri Suhada, Anis, Hawa, Puteri, Ali, Ustaz Rahmad dan Munir

Pada hari kedua kami memilih aktiviti berkenaan dengan pendedahan asas2 solat, simple je tapi benda nil ah yang agak mencabar bg sy sbb bukan senang nak bagi adik2 ni faham tatacara yang betul tentang solat, berpandukan teori slide yg dipimpin oleh ustaz munir (sahabat lama sy) adik2 ni dapatlah inputnya. Dan pada sebelah petang pula adalah sesi praktikalnya, segala kekurangan kami sedaya upayan perbetulkan. Apa yang kami harapkan agar adik2 ni dapat memahami dan mengamalkan dalam kehidupan mereka..dan dalam slot ni jgk serba sedikit ustaz menerangkan akibat orang yang meninggalkan solat, risau sy dibuatnya sebab tunjuk video ni. Yelah~ bdk2 bukan semua berani..

Slot Tatacara solat dan praktikal
Hari ketiga kami sebulat suara mengajar tentang perkara asas mengaji pada sebelah pagi, pelajar dibahagikan kepada iqra dan quran, sy, suhada dan ali mengajar adik2 iqra dan muqaddam. Tapi cam borink je slot ni tgk fasi2 yg lain, hehe..apa yang penting setiap huruf hijaiah itu haruslah diperbetulkan cara menyebut, cara bacaan dan cara mengenal huruf..hum sy bukan apa..rasa sangat bersyukur dikurniakan pemahaman dalam tajwid. Berkat ketegasan umi dan ayah sewaktu kecil membuatkan kami mahir dalam mengaji..bukan semua orang terpilih..paling penting boleh beri faedah pada orang lain, em dan pada sebelah petang pula adalah aktiviti luar, pening memikirkan semalaman aktiviti ni, akhirnya dapat idea daripada kakak ipar sahabat sinus, sy gunakan game ini. Sy x tau apa nama game ni tapi sy namakan game “cuci-cuci” heheh.. adik2 kena bersihkan kasut kawan2. Cuci sampai bersih lepastu kena pulak pakaikan kt kawan 2..huhu, tapi mcm2 la dengar..yela bdk2 ada yg jijik la..ckp benda2 kesat la..haih..barulah nampak perangai masing2. Permainan simple, dan perancangan nk bersiar-siar sekitar masjid x dapat dilaksanakan disebabkan kekangan waktu. Hmm dan sepatutnya hari ketiga ni ada akitiviti qiamullail tapi pihak masjid membatalkan..kalau x mesti seronok, bdk2 pn teruja sangat nk tido masjid..pada hari ketiga ni sy pulang lewat kerumah sekitar jam 12.30 pg membantu fasi2 membeli dan menyediakan hamper, dan yg paling x syoknye masa nak balik 2 sy bertawaf kt masjid sbb x jumpa pintu keluar..haha, gila seram..gelap sangat. Tapi kena beranikan..



"Cuci-cuci game"
Hari terakhir: sekejap je rasa program ni, tapi terus terang la..tenang je sepanjang berada kt sini, mana ada tengok perempuan seksi2 ke..yang  x bertudung ke..alunan zikir pula sentiasa bermain, tak dari pihak masjid adik2 ni yang berzikir. Hari terakhir lebih kepada amanat ataupun sesi muhasabah diri sendiri..perbincangan antara fasi adalah untuk melakonkan watak2 sendiri tetapi entah apa kena dengan bdk2 ni semuanya baik2 belaka..hek2. Jadi x dapatlah nak teruskan perancangan..buat ikut keadaan..hari2 last ni macam2 la..belum habis aktiviti yg mtk signature la, yang bergambar la..dah mcm artis la pula..pantang posing, mulala keluarkan kamera masing2.haha, dan x kurang juga yang beri hadiah..hm terasa dihargai la pula..huk2 ;) pada sebelah petang adalah acara kemuncak iaitu gabungan antara rendah bawah dan atas mereka membuat persembahan masing2. Sy sangat terharu dengan kumpulan sendiri,hehe..persembahan yang x dirancang tapi mereka buat yg terbaik, dan paling penting dihargai..=) habis je persembahan adalah jamuan yang x seberapa, jamuan hamper..jadilahkan..hehe, dan penyampaian sijil ikut fasilitator masing2. Sempat la jgk beri nasihat terakhir, mudah2n anak2ku ingat akan pesanan ini.. J perpisahan kami diakhiri dengan sesi bergambar…=)

Persembahan kumpulan 6

Dh habis program kami fasi2 dihidangkan sedikit jamuan dari pihak masjid di bilik VIP..wahhh,hehe..disitulah sedikit postmoterm terakhir dan sesi luahan setiap fasi berkenaan program ni, penyampaian cenderahati dari pihak masjid dan sesi bergambar….=) sy sampai rumah dalam jam 10 malam x silap..balik 2 rasa macam manusia yang baru lahir, entahla..tenang sangat2. 

Anak-anak didikku...huhu

Sebahagian hadiah yg sy terima, paling penting ladybird! 2 yg mahal..haha
Dan semacam ada satu semangat baru untuk berdepan dan menyelesaikan segala masalah yang ada..hm  selama  4 hari sy berulang alik dari klang ke shah alam..nk tido masjid asik x jadi je..huhu,mungkin program akan datang insyaallah. Bagi sy program ni membuka ruang untuk sy aktif kembali program2 mcmni..sy sangat suka berprogram, banyak sangat ilmu baru dan paling penting dapat kenal siapa diri sy yg sebenar..sifat pemimpin dan banyak lg lah..harapan sy, kalau dipanggil untuk Daurah siri 2 insyaallah akan sy kembali, dan juga program2 ditempat lain..setidak2nya x dela sy merayap x tentu hala kan? Heheh…ok lah..

Fasilitator Muslimin
Fasilitator Muslimat
Sekian dari sy…=)



2 March 2012

Rahsia Air Wudhuk

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai apa kabar semua? Sihat..? mudah2an dalam keberkatanNya selalu..emm sekejap je rasanya dah masuk bulan MAC kan? Terasa makin lama makin cepat peredaran masa..baiklah pada kali ini sy nk berkongsi sedikit ilmu mengenai cara-cara mengambil wudhuk yang betul. Mana sy dapat ye? Hum..sy dapat ilmu ni kerana mengikuti kursus umrah, pelawaan ni pn daripada mak long sy..dan kira last minit juga sy pergi ni. Sy ingat lagi pagi-pagi 2 umi  kejut, tengah lena kan. Macam kena petir je bangun.. suka main terjah2..sy ye kan je nak ikut,haha..2 la orang kata pergi yang tanpa dirancang =) ok lah, balik pada tujuan asal..hehe

Majlis ilmu ni bermula pada jam 9 pagi habis 4.30 petang. Buat kt rumah orang je..tapi bukan calang2 rumah la, ntah rumah dato spe..sy pn x tau..di Bukit Damansara. Nama tuan penceramah ialah mereka panggil PAK WAN..pertama kali jumpa macam dia pernah buat ceramah di Poli sy..tp sy x ingat la plak..hurm, dah nama pun kursus umrah kan mestilah berkenaan dengan umrah. Seronok sangat! Banyak sangat ilmu dan rahsia2 Makkah yg pada pendapat sy pergi kursus haji kt Tabung Haji pn x dpt..huhu, RINGKAS dan PADAT pengisiannya..salah 1 yang buat sy tertarik nak berkongsi dengan anda semua adalah berkenaan dengan cara-cara mengambil air wudhuk yang betul..meh! kita tengok video ni dulu eh..


Ha, amacam? Adakah anda terasa sesuatu pada saat ini? Baru tersedar? Atau..ragu-ragu? Hehe..sebelum 2 maaf la ye..disamping melihat, mendengar dan menulis sy juga terpaksa membuat sesi rakaman suara dan video secara x langsung dimana segala yg anda dengar dan lihat sekiranya x berapa jelas dan tunggang terbalik merakan video ni, sy mohon maaf..huhu..aih,formal pula bahasa sy..haha.dan sebenarnya juga pak wan x benarkan kami upload pn video2 yg dirakam terutama di Facebook..femes nanti katenye..eheh..tapi benda baik kan? Apa salahnya..

Jadi dapat sy simpulkan disini, sy akui sy pn sebenarnya tidak mengetahui cara yang ditunjukkan ni selain apa yg pernah sy belajar dulu. Tapi bukan semua la yg sy x tau. Maka dengan ini sy ingin berkongsi dengan anda semua. Sejak dari haritu sy jinak-jinak amalkan. Agak kekok pada mulanya tapi Alhamdulillah sebenarnya semua orang boleh buat. Insyaallah.. mengangkat hadas kecil / mengambil air sembahyang / air wudhuk adalah perkara pertama yang wajib dilakukan sekiranya hendak melakukan solat, membaca al-quran dn sebagainya. Tidak sah sekiranya dilakukan tanpa air wudhuk..dengan air wudhuk juga muka kita akan bercahaya dan dapat membezakan antara orang yang solat atau orang yang x pernah solat sekiranya dilakukan dengan betul. 

Seelok2nya dimana2 pn kita berada hendaklah sentiasa ada air wudhuk. Sangat banyak hikmah di sebalik pengambilan air wudhuk ni..sy nak ckp lebih2 pn sy kurang ilmu..dan kalau nak cerita bab wudhuk je sy rasa x cukup. Sekali lagi buat ingatan diri sendiri terutamanya dan juga anda, mudah2an kita dapat memperbaiki wudhuk kita. Dan mudah2an juga dengan pengambilan air wudhuk yang sempurna setiap solat, amalan, pekerjaan yang kita lakukan seharian akan diterima dan diredhai Allah Ta’ala..amin insyaallah.. moh kita tengok video ni pula.. ;)


sekian dari sy...=)