السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai apa kabar semua? Sihat..? mudah2an dalam keberkatanNya selalu..emm sekejap je rasanya dah masuk bulan MAC kan? Terasa makin lama makin cepat peredaran masa..baiklah pada kali ini sy nk berkongsi sedikit ilmu mengenai cara-cara mengambil wudhuk yang betul. Mana sy dapat ye? Hum..sy dapat ilmu ni kerana mengikuti kursus umrah, pelawaan ni pn daripada mak long sy..dan kira last minit juga sy pergi ni. Sy ingat lagi pagi-pagi 2 umi kejut, tengah lena kan. Macam kena petir je bangun.. suka main terjah2..sy ye kan je nak ikut,haha..2 la orang kata pergi yang tanpa dirancang =) ok lah, balik pada tujuan asal..hehe
Majlis ilmu ni bermula pada jam 9 pagi habis 4.30 petang. Buat kt rumah orang je..tapi bukan calang2 rumah la, ntah rumah dato spe..sy pn x tau..di Bukit Damansara. Nama tuan penceramah ialah mereka panggil PAK WAN..pertama kali jumpa macam dia pernah buat ceramah di Poli sy..tp sy x ingat la plak..hurm, dah nama pun kursus umrah kan mestilah berkenaan dengan umrah. Seronok sangat! Banyak sangat ilmu dan rahsia2 Makkah yg pada pendapat sy pergi kursus haji kt Tabung Haji pn x dpt..huhu, RINGKAS dan PADAT pengisiannya..salah 1 yang buat sy tertarik nak berkongsi dengan anda semua adalah berkenaan dengan cara-cara mengambil air wudhuk yang betul..meh! kita tengok video ni dulu eh..
Ha, amacam? Adakah anda terasa sesuatu pada saat ini? Baru tersedar? Atau..ragu-ragu? Hehe..sebelum 2 maaf la ye..disamping melihat, mendengar dan menulis sy juga terpaksa membuat sesi rakaman suara dan video secara x langsung dimana segala yg anda dengar dan lihat sekiranya x berapa jelas dan tunggang terbalik merakan video ni, sy mohon maaf..huhu..aih,formal pula bahasa sy..haha.dan sebenarnya juga pak wan x benarkan kami upload pn video2 yg dirakam terutama di Facebook..femes nanti katenye..eheh..tapi benda baik kan? Apa salahnya..
Jadi dapat sy simpulkan disini, sy akui sy pn sebenarnya tidak mengetahui cara yang ditunjukkan ni selain apa yg pernah sy belajar dulu. Tapi bukan semua la yg sy x tau. Maka dengan ini sy ingin berkongsi dengan anda semua. Sejak dari haritu sy jinak-jinak amalkan. Agak kekok pada mulanya tapi Alhamdulillah sebenarnya semua orang boleh buat. Insyaallah.. mengangkat hadas kecil / mengambil air sembahyang / air wudhuk adalah perkara pertama yang wajib dilakukan sekiranya hendak melakukan solat, membaca al-quran dn sebagainya. Tidak sah sekiranya dilakukan tanpa air wudhuk..dengan air wudhuk juga muka kita akan bercahaya dan dapat membezakan antara orang yang solat atau orang yang x pernah solat sekiranya dilakukan dengan betul.
Seelok2nya dimana2 pn kita berada hendaklah sentiasa ada air wudhuk. Sangat banyak hikmah di sebalik pengambilan air wudhuk ni..sy nak ckp lebih2 pn sy kurang ilmu..dan kalau nak cerita bab wudhuk je sy rasa x cukup. Sekali lagi buat ingatan diri sendiri terutamanya dan juga anda, mudah2an kita dapat memperbaiki wudhuk kita. Dan mudah2an juga dengan pengambilan air wudhuk yang sempurna setiap solat, amalan, pekerjaan yang kita lakukan seharian akan diterima dan diredhai Allah Ta’ala..amin insyaallah.. moh kita tengok video ni pula.. ;)
sekian dari sy...=)


No comments:
Post a Comment