14 April 2012

Aku Hanyalah Kain Batik


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku berasal daripada kain yang putih. Bagiku, kain yang warnanya putih nampak suci dan bersih. Lantaran itu, istilah tentang warna putih banyak dibicarakan. Antaranya putih bersinar, putih berseri, putih gebu, dan pelbagai lagi.

Putih juga warna yang menggambarkan mulus dan tulus. Kerana itu, bakal pengantin baru memilih warna ini sebagai warna pilihan mereka pada hari bahagia. Terserlah rasa ikhlas dan jujur untuk memiliki dan seterusnya menggalas tanggungjawab yang bukan semudah menuturkan kata. Tidak dinafikan, putih adalah warna kesukaan Nabi s.a.w Imam al-Ghazali sebagaimana dinukilkan dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin: “Yang amat disukai Nabi s.a.w ialah yang berwarna putih.”

Bayi manusia yang baru lahir juga dianggap seperti kain yang putih. Kemudian, terpulang pada ibu dan bapa untuk menentukan bagaimana anaknya pada masa akan datang. Kain yang putih itu seperti fitrah hidup setiap manusia. Suci tanpa sepalit dosa. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Setiap anak adam dilahirkan dalam fitrahnya. Kedua-dua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi..” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Baju yang putih bersih lebih disukai berbanding yang kotor. Hati yang bersih lebih dipandang mulia berbanding mereka yang hatinya kotor dek penyakit hati. Jelas, yang baik itu semuanya putih. Ya, itulah warna asalku, tetapi sekarang badanku bukan sahaja berwarna-warni, malah dipenuhi dengan corak yang pelbagai.

Kepelbagaian warna dan corak menyebabkan aku dijahit bukan sekadar dipakai dirumah sebagai “kain batik”, bahkan ada yang membeli kain yang lain untuk digandingkan bersama-sama dengan kain batik itu. Fikir manusia, sayang sekiranya kain yang bercorak dan berwarna-warni hanya dipakai sekadar kain batik biasa.

Suatu hari, aku terjumpa dengan si kapas yang putih. Ketika itu ia sudah dijadikan sebagai isi dalam sebuah bantal. Aku lalu bertanya kepada kapas tentang kehidupan. Katanya tentang kehidupan: “Hidup yang bahagia seumpama kumpulan warna. Dengan satu warna, kita akan jadi kaku dan kekok. Bayangkan dunia hanya didiami oleh mereka yang semacam pemikirannya dan serupa perjalanan harinya tanpa ada ujian sebagai proses pembelajaran. Jadi, kita perlukan pelbagai ‘warna’ kehidupan. Dengan pelbagai warna itulah, manusia akan jadi gembira belajar tentang hidup. Inilah proses yang menjadikan mereka lebih matang.”

“Kejadian manusia juga bermula dengan penyatuan dua hati. Bukan seorang diri. Kemudian akan ada ujian bagi mereka sepanjang melalui hubungan yang dimulai dengan dua hati itu. Mereka belajar bahawa hidup penuh ujian dan cabaran. Kerana itulah adanya hari yang penuh keadilan pada akhir nanti. Kalau kamu mahu warna putih kerana menganggap itu sempurna, maka kamu silap. Jika kamu mahu warna putih kerana putih itu bebas daripada ujian hidup, maka kamu khilaf.

“Mahu menjadi yang sempurna sekadar dalam bayangan dan angan-angan kerana tiada makhluk yang sempurna. Hanya Allah yang memiliki segala kesempurnaan. Kerana itu Dia layak bergelar ‘al-Matiinu’ (Maha Sempurna Kekuatan-Nya). Mahu menjalani hidup tanpa bertemu ujian, itu juga tidak mungkin kerana setiap daripada kita akan diuji bagi menentukan tahap keimanan pada-Nya. Dan itu juga peluang bagi menebas dan mencantas dosa. Ingat, kita hanya hamba yang tiada hak menukar perjalanan hidup sebagai hamba.

“Ingatlah pesanku ini wahai si kain batik, sekali melangkah walaupun selangkah harus berani berhadapan degan segala yang berada dihadapan. Untuk kembali menjadi kain yang putih, bukan satu perkara yang mudah dan semestinya mustahil. Kerana itu sebagai kain batik, kamu ada pilihan untuk terus menjadi kain batik yang selesa dan cantik dipakai. Perkara yang lepas adalah kenangan dan biarlah kenangan itu menjadi iktibar dalam usaha kamu terus menjadi kain batik.”

 Perkara remeh tapi jarang dipraktikkan
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang ada bersamanya, ‘Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?’ Ketahuilah sesungguhnya 
pertolongan Allah dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)” 
Gen-Q isu No.4

Sekian…

5 April 2012

Selamat Tinggal Ibu.. :’(


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada ahad lepas bersamaan 1 April 2012 kami sekeluarga mendapat berita ibu Ida dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah kerana Kanser! Dan kebetulan pada hari tersebut sy x dapat ziarah sbb ada date dgn adik synus. Begitu juga aidil. Jadi umi dan ayah melawat terlebih dahulu. Ditempat kerja keesokkan hari aku bertanya pada umi bagaimana keadaan ibu. Umi kata, tengoklah ibu..ingat dapat datang isnin tapi sy x larat nak keluar. X tau kenapa penat sgt. Sekurang2nya aidil dtg isnin. Sy pula tangguhkan esok pula. Selasa 2 lepas habis kerja sy terus ke hospital lebih kurang jam 1 ptg sampai. Ya Allah..sedihnya tgk ibu..susut badan, tiub keliling kepala..bawah dagu besar,,disitulah tempatnya kanser membesar..dalam hatiku, “ini mcm tyroid ni”  “ibu dibawak ke hospital Putrajaya jam 2 nanti kakak” itulah ayat yang beliau bisikkan pada sy waktu sy salam dengan ibu dalam masa yg sama sebak dada. Dan sy sempat bertanya bagaimana ia membesar. Dan aku tunggu sebentar disitu..

Disebelahan pula terdapat 2 orang pesakit lagi, dua2 koma..dari jauh, aku tgk ibu..sayu, layu, letih..lemah je sy tgk arwah. Bertanya pada tetamu ibu yang hadir pesakit sebelah 2 sakit apa? Dua2 koma..accident. Pesakit yg berumur 21 nampak macam teruk je. Beberapa minit sebelum azan zohor, “innalillah wainnailaihi raji’un” pesakit td meninggal dunia, depan mata aku..walaupun aku x kenal, tapi..laju je air mata ni. Dan Ibu aku lihat,,arwah tengok je x terkata. Macam terkedu pn ada.. dalam jam 2 ptg aku balik, sbb nak solat zohor. Itulah..aku kucup tangan ibu buat kali terakhir..dan sempat jgk aku bisikkan, “ibu..kuatkan semangat ya..” kerna aku teringat sewaktu menjaga umi beberapa bulan yg lalu..

Dan hari ini 5 April 2012 dalam jam 2 petang beliau kembali rahmatullah, seseorang sedang bercakap ditelefon aidil, tapi x pasti siapa..mcm umi pn ada. Habis bercakap dia pandang2 bt muka seposen. Pehal kau?? Hmm.. “ibu,, ibu ida dah x de..” ibu?? Biar betol? Kt mana skg? Dah bawak balik ke? Aku bertanya.. aku berkira2 nak pergi. X tau arwah ktne skg ni, tunggu umi ayah baliklah. Dan aku terlupa..umi x boleh layat, jadi ayah je wakilkan..x pelah, sekurang2nya aku x terkilan sbb sempat jumpa arwah.. menurut jiran ibu, dia terbau kapur barus sewaktu mengambil kuih tempahan dari arwah dirumahnya. Lagi, sy jgk baru dpt tau yg doktor Hospital Putrajaya x benarkan buat pembedahan. Doktor suruh ayah nasir bwk balik..
maksudnya dalam 2 hari lepas ibu ada dirumah rupanya. Dan ramai jgk tamu yg hadir ziarah arwah. Yelah, ibu sangat ramai anak angkat.

Apa-apa pun. Setiap yg bernyawa pasti akan mati, cuma setiap orang berbeza sebab dan cara kematian meraka. Sebagai anak hanya mampu berdoa agar ditempatkan disisi orang yg beriman..dan sy juga berdoa agar Ayah Nasir, baby, dan abang2 yg lain diberi kekuatan dan kesabaran utk teruskan hidup tanpa ibu disisi. Arwah tinggalkan 3 anak lelaki dan 1 anak perempuan..tapi nasib baik abg yg sulung dah kawen. Ada la jgk bt teman utk baby.. banyak kenangan dgn ibu..satu2nya sy selalu mintak arwah urut kalau badan ni sakit..selalu bercerita dan nasihatkan sy. Arwah seorang yg banyak kemahiran. Buat tempahan kuih, merawat pesakit berkaitan dgn makhluk halus dan mcm2 lagilah..

Buat kalian semua, mohon tidak tersalah anggap kematian siapa yg sy maksudkan.. sy mempunyai 3 buah keluarga angkat..memanggil dengan paggilan Ibu Ida, Ibu Hawa, Mama Rozanna dan Mak Sakinah,, paling penting ibu kandung sy, sy memanggil dgn panggilan Ummi =) jelas kan semua? Ayah pula 2 panggilan je. “Ayah dan Abah” J dan sy sangat bersyukur..sbb apa? Sbb umi masih diberikan kesihatan yg baik setelah berjuang dengan penyakitnya..aku beruntung..beruntung sbb masih mempunyai umi..begitu juga anda kan?? (= 
terima kasih Ya Allah..


Sekian dari sy…