السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pada ahad lepas bersamaan 1 April 2012 kami sekeluarga mendapat berita ibu Ida dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah kerana Kanser! Dan kebetulan pada hari tersebut sy x dapat ziarah sbb ada date dgn adik synus. Begitu juga aidil. Jadi umi dan ayah melawat terlebih dahulu. Ditempat kerja keesokkan hari aku bertanya pada umi bagaimana keadaan ibu. Umi kata, tengoklah ibu..ingat dapat datang isnin tapi sy x larat nak keluar. X tau kenapa penat sgt. Sekurang2nya aidil dtg isnin. Sy pula tangguhkan esok pula. Selasa 2 lepas habis kerja sy terus ke hospital lebih kurang jam 1 ptg sampai. Ya Allah..sedihnya tgk ibu..susut badan, tiub keliling kepala..bawah dagu besar,,disitulah tempatnya kanser membesar..dalam hatiku, “ini mcm tyroid ni” “ibu dibawak ke hospital Putrajaya jam 2 nanti kakak” itulah ayat yang beliau bisikkan pada sy waktu sy salam dengan ibu dalam masa yg sama sebak dada. Dan sy sempat bertanya bagaimana ia membesar. Dan aku tunggu sebentar disitu..
Disebelahan pula terdapat 2 orang pesakit lagi, dua2 koma..dari jauh, aku tgk ibu..sayu, layu, letih..lemah je sy tgk arwah. Bertanya pada tetamu ibu yang hadir pesakit sebelah 2 sakit apa? Dua2 koma..accident. Pesakit yg berumur 21 nampak macam teruk je. Beberapa minit sebelum azan zohor, “innalillah wainnailaihi raji’un” pesakit td meninggal dunia, depan mata aku..walaupun aku x kenal, tapi..laju je air mata ni. Dan Ibu aku lihat,,arwah tengok je x terkata. Macam terkedu pn ada.. dalam jam 2 ptg aku balik, sbb nak solat zohor. Itulah..aku kucup tangan ibu buat kali terakhir..dan sempat jgk aku bisikkan, “ibu..kuatkan semangat ya..” kerna aku teringat sewaktu menjaga umi beberapa bulan yg lalu..
Dan hari ini 5 April 2012 dalam jam 2 petang beliau kembali rahmatullah, seseorang sedang bercakap ditelefon aidil, tapi x pasti siapa..mcm umi pn ada. Habis bercakap dia pandang2 bt muka seposen. Pehal kau?? Hmm.. “ibu,, ibu ida dah x de..” ibu?? Biar betol? Kt mana skg? Dah bawak balik ke? Aku bertanya.. aku berkira2 nak pergi. X tau arwah ktne skg ni, tunggu umi ayah baliklah. Dan aku terlupa..umi x boleh layat, jadi ayah je wakilkan..x pelah, sekurang2nya aku x terkilan sbb sempat jumpa arwah.. menurut jiran ibu, dia terbau kapur barus sewaktu mengambil kuih tempahan dari arwah dirumahnya. Lagi, sy jgk baru dpt tau yg doktor Hospital Putrajaya x benarkan buat pembedahan. Doktor suruh ayah nasir bwk balik..
maksudnya dalam 2 hari lepas ibu ada dirumah rupanya. Dan ramai jgk tamu yg hadir ziarah arwah. Yelah, ibu sangat ramai anak angkat.
Apa-apa pun. Setiap yg bernyawa pasti akan mati, cuma setiap orang berbeza sebab dan cara kematian meraka. Sebagai anak hanya mampu berdoa agar ditempatkan disisi orang yg beriman..dan sy juga berdoa agar Ayah Nasir, baby, dan abang2 yg lain diberi kekuatan dan kesabaran utk teruskan hidup tanpa ibu disisi. Arwah tinggalkan 3 anak lelaki dan 1 anak perempuan..tapi nasib baik abg yg sulung dah kawen. Ada la jgk bt teman utk baby.. banyak kenangan dgn ibu..satu2nya sy selalu mintak arwah urut kalau badan ni sakit..selalu bercerita dan nasihatkan sy. Arwah seorang yg banyak kemahiran. Buat tempahan kuih, merawat pesakit berkaitan dgn makhluk halus dan mcm2 lagilah..
Buat kalian semua, mohon tidak tersalah anggap kematian siapa yg sy maksudkan.. sy mempunyai 3 buah keluarga angkat..memanggil dengan paggilan Ibu Ida, Ibu Hawa, Mama Rozanna dan Mak Sakinah,, paling penting ibu kandung sy, sy memanggil dgn panggilan Ummi =) jelas kan semua? Ayah pula 2 panggilan je. “Ayah dan Abah” J dan sy sangat bersyukur..sbb apa? Sbb umi masih diberikan kesihatan yg baik setelah berjuang dengan penyakitnya..aku beruntung..beruntung sbb masih mempunyai umi..begitu juga anda kan?? (=
terima kasih Ya Allah..
Sekian dari sy…



No comments:
Post a Comment