السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha
mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w
serta seluruh keluarga dan sahabat baginda J
Alhamdulillah,, masih diberi kesempatan utk
menari-nari jari ni utk blog ni,hehe..hmm..jelas dan terang tentang program ni,
maka sy pn nak ajak juga rakan2 sekalian utk sama-sama ikuti kelas ini bagi yg
berminat. :)
Kelas ni diperkenalkan oleh sahabat kenalan daurah
iaitu saudari amalina atau lebih mesra dengan panggilan Alin. Beliaulah yg
mengajak sy utk kali pertama ke kelas talaqqi ini. Series sy memg x pernah
pergi kelas sebegini dan x tahu pun apa maksud istilah “talaqqi” itu sendiri
dan bagaimana perjalanan kelas ini sebenarnya. Hanya sekadar mengikuti dan
lihat sendiri sahaja pada mulanya.
Sedikit tentang kelas ini, Tuan imam besar yg
mengacarakan kelas tersebut dimulakan dengan membaca al-quran beramai-ramai
diketuai oleh Imam sendiri. Setelah itu sesi penghujahan atau penerangan
berkenaan dengan hukum tajwid al-quran..
Rupa2nya setelah beberapa minggu ikut kelas ni sy
faham, iaitu lebih kepada pembelajaran tajwid al-quran yg berguru. Kalau belajar
bukan dengan guru 2 maksudnya belajar dengan syaitan. Best! Kali pertama ikut
kelas ni sangat teruja dengar penerangan imam. Tak bosan..kelakar jgk tatkala
menerangkan hukum. Tiap minggu kalau pergi itulah yg sy tunggu..Spe kata imam x
leh buat lawak?? Haha..
Setiap minggu2 yg pernah sy datang memang orang yg
sama..dan jarang nampak remaja2 sebaya sy kt situ atau mungkin jgk sy x
perasan..sebabnya kebanyakan sy tgk kaum ibu bapa je..kelas ni memang dirakam
setiap minggu oleh pihak penganjur masjid..dan ada jgk buku khas utk belajar
tajwid. Bila fikir balik, bukan senang nak cari ilmu macamni,yelah..dulu
belajar zaman sekolah rendah je, tapi Alhamdulillah kelebihan yg Allah bagi ni
sy boleh menguasai tajwid al-quran dgn baik. Cumanya bila masuk kelas begitu
kita refresh balik apa yg pernah kita belajar. Sangat seronok dan bersyukur..
^^ Jom! ;) kalau ada masa luang datang k dengar sendiri… ;) free je x payah
bayar. Ok lah, sehingga ketemu lagi… J
Sekian…



hi dear, kalau nak join kelas tu kena daftar atau datang je terus?? berminat jugak. boleh email akak x? nak tau info :)
ReplyDeletehi kak :) maaf lambat reply..
Deletejust dtg je..nk jadi ahli tetap daftar la nama.akk leh bukk website masjid. ni link die http://www.mssaas.gov.my
kt situ sy rse cukp kot info 2..hehe,tengs kak ;)