14 May 2012

Kelas Talaqqi Bersanad



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat baginda J

Alhamdulillah,, masih diberi kesempatan utk menari-nari jari ni utk blog ni,hehe..hmm..jelas dan terang tentang program ni, maka sy pn nak ajak juga rakan2 sekalian utk sama-sama ikuti kelas ini bagi yg berminat. :)

Kelas ni diperkenalkan oleh sahabat kenalan daurah iaitu saudari amalina atau lebih mesra dengan panggilan Alin. Beliaulah yg mengajak sy utk kali pertama ke kelas talaqqi ini. Series sy memg x pernah pergi kelas sebegini dan x tahu pun apa maksud istilah “talaqqi” itu sendiri dan bagaimana perjalanan kelas ini sebenarnya. Hanya sekadar mengikuti dan lihat sendiri sahaja pada mulanya.

Sedikit tentang kelas ini, Tuan imam besar yg mengacarakan kelas tersebut dimulakan dengan membaca al-quran beramai-ramai diketuai oleh Imam sendiri. Setelah itu sesi penghujahan atau penerangan berkenaan dengan hukum tajwid al-quran..

Rupa2nya setelah beberapa minggu ikut kelas ni sy faham, iaitu lebih kepada pembelajaran tajwid al-quran yg berguru. Kalau belajar bukan dengan guru 2 maksudnya belajar dengan syaitan. Best! Kali pertama ikut kelas ni sangat teruja dengar penerangan imam. Tak bosan..kelakar jgk tatkala menerangkan hukum. Tiap minggu kalau pergi itulah yg sy tunggu..Spe kata imam x leh buat lawak?? Haha..

Setiap minggu2 yg pernah sy datang memang orang yg sama..dan jarang nampak remaja2 sebaya sy kt situ atau mungkin jgk sy x perasan..sebabnya kebanyakan sy tgk kaum ibu bapa je..kelas ni memang dirakam setiap minggu oleh pihak penganjur masjid..dan ada jgk buku khas utk belajar tajwid. Bila fikir balik, bukan senang nak cari ilmu macamni,yelah..dulu belajar zaman sekolah rendah je, tapi Alhamdulillah kelebihan yg Allah bagi ni sy boleh menguasai tajwid al-quran dgn baik. Cumanya bila masuk kelas begitu kita refresh balik apa yg pernah kita belajar. Sangat seronok dan bersyukur.. ^^ Jom! ;) kalau ada masa luang datang k dengar sendiri… ;) free je x payah bayar. Ok lah, sehingga ketemu lagi… J

Sekian…

2 comments:

  1. hi dear, kalau nak join kelas tu kena daftar atau datang je terus?? berminat jugak. boleh email akak x? nak tau info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak :) maaf lambat reply..
      just dtg je..nk jadi ahli tetap daftar la nama.akk leh bukk website masjid. ni link die http://www.mssaas.gov.my
      kt situ sy rse cukp kot info 2..hehe,tengs kak ;)

      Delete