السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hehe..sewaktu
menaip entri sy sedang membaca buku motivasi kegemaran sy iaitu “Membina Cinta
Suci” oleh Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj.. tertarik pada 1 bab pada muka surat
86, kisah ke 26 bertajuk “BERCINTA UNTUK MENAMBAH IMAN” apa mukaddimah cerita
motivasi dalam ni anda kenalah beli sendiri eh..hehe, sebab tujuan utama sy
bukan nk tulis apa kisah didalamnya tetapi ingin berkongsi beberapa info
islamik yang menarik perhatian sy berkenaan cinta ni..
Didalam buku
ini menerangkan “cinta memiliki lapan pengertian dan berikut adalah penjelasannya
sebagaimana yang diperincikan oleh ilmuan islam” :-
1. CINTA
MAWADDAH
Adalah jenis cinta haru-biru, membara dan mekar tanpa batasan. Orang yang
memiliki cinta jenis ini, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu
ingin memuaskan dahaga cintanya. Dia ingin
memonopoli cintanya dan hampir tidak dapat berfikir lain.
2. CINTA RAHMAH
Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan
sedia melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis ini lebih memerhatikan orang
yang dicintainya berbanding diri sendiri. Baginya, kebahagiaan sang kekasih
adalah penting meskipun untuk itu dia harus menderita serta sanggup memaafinya.
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang mempunyai
pertalian darah, terutamanya cinta ibu ayah terhadap anak mereka dan
sebaliknya. Orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu
bersilaturahim, maksudnya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang
diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekali gus biasanya saling setia zahir
dan batin, dunia dan akhirat.
3. CINTA MAIL
Adalah jenis sementara tetapi sangat membara sehingga terabai seluruh
perhatian pada hal-hal lain atau kurang diberikan perhatian. Misalnya orang
berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda cenderung
mengabaikan yang lama.
4. CINTA SYAGHAF
Cinta yang sangat mendalam dan memabukkan. Orang yang diserang cinta
jenis ini boleh menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak
sedar apa yang dilakukannya sebagaimana cintanya Zulaikha isteri pembesar Mesir
kepada Nabi Yusuf a.s
5. CINTA RA’FAH
Iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran. Misalnya
kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat subuh
atau membelanya meskipun salah.
6. CINTA SHOBWAH
Iaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup
mengelak. Rasulullah s.a.w bersabda, “cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu
buta dan tuli.” (Abu Daud dan Ahmad)
7. CINTA SYAUQ
Iaitu rindu. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauzi dalam kitab ‘Raudlat al
Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin’, syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada
sang kekasih dan kobaran cinta yang apinya berada dalam hati sang pencinta.
8. CINTA KULFAH
Iaitu perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang
positif walaupun payah seperti ibu bapa yang menyuruh anaknya membersihkan
bilik sendiri, meskipun ada orang gaji.
Ini dia sedikit ilmu yang boleh sy kongsikan dgn anda..jadi, anda
tergolong yang mana? Hihi..mudah2an ia dapat membantu anda dalam melayari
bahtera alam percintaan..wahh jiwang sungguh,huk ;)
Sekian dari sy… :)



