31 October 2012

8 Pengertian Cinta oleh Ilmuan Islam


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Hehe..sewaktu menaip entri sy sedang membaca buku motivasi kegemaran sy iaitu “Membina Cinta Suci” oleh Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj.. tertarik pada 1 bab pada muka surat 86, kisah ke 26 bertajuk “BERCINTA UNTUK MENAMBAH IMAN” apa mukaddimah cerita motivasi dalam ni anda kenalah beli sendiri eh..hehe, sebab tujuan utama sy bukan nk tulis apa kisah didalamnya tetapi ingin berkongsi beberapa info islamik yang menarik perhatian sy berkenaan cinta ni..


Didalam buku ini menerangkan “cinta memiliki lapan pengertian dan berikut adalah penjelasannya sebagaimana yang diperincikan oleh ilmuan islam” :-
 
1.      CINTA MAWADDAH
Adalah jenis cinta haru-biru, membara dan mekar tanpa batasan. Orang yang memiliki cinta jenis ini, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan  dahaga cintanya. Dia ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak dapat berfikir lain.

2.      CINTA RAHMAH
Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis ini lebih memerhatikan orang yang dicintainya berbanding diri sendiri. Baginya, kebahagiaan sang kekasih adalah penting meskipun untuk itu dia harus menderita serta sanggup memaafinya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang mempunyai pertalian darah, terutamanya cinta ibu ayah terhadap anak mereka dan sebaliknya. Orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu bersilaturahim, maksudnya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekali gus biasanya saling setia zahir dan batin, dunia dan akhirat.

3.      CINTA MAIL
Adalah jenis sementara tetapi sangat membara sehingga terabai seluruh perhatian pada hal-hal lain atau kurang diberikan perhatian. Misalnya orang berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda cenderung mengabaikan yang lama.

4.      CINTA SYAGHAF
Cinta yang sangat mendalam dan memabukkan. Orang yang diserang cinta jenis ini boleh menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak sedar apa yang dilakukannya sebagaimana cintanya Zulaikha isteri pembesar Mesir kepada Nabi Yusuf a.s

5.      CINTA RA’FAH
Iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran. Misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat subuh atau membelanya meskipun salah.

6.      CINTA SHOBWAH
Iaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Rasulullah s.a.w bersabda, “cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Abu Daud dan Ahmad)

7.      CINTA SYAUQ
Iaitu rindu. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauzi dalam kitab ‘Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin’, syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih dan kobaran cinta yang apinya berada dalam hati sang pencinta.

8.      CINTA KULFAH
Iaitu perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif walaupun payah seperti ibu bapa yang menyuruh anaknya membersihkan bilik sendiri, meskipun ada orang gaji.

Ini dia sedikit ilmu yang boleh sy kongsikan dgn anda..jadi, anda tergolong yang mana? Hihi..mudah2an ia dapat membantu anda dalam melayari bahtera alam percintaan..wahh jiwang sungguh,huk ;)

Sekian dari sy… :)


No comments:

Post a Comment