السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Erm..apa kbr
semua? Moga2 semuanya dalam rahmatNya sentiasa..^^, sengaja meletakkan tajuk yg
agak sensitif dan sedikit terusik “hati” sy utk membicarakan isu ini, malah sy
rse bukan setakat sy je yg rasa..mgkin anda juga terutamanya dalam kalangan
wanita seperti sy yg masih bujang ni..dan mgkin juga sesetengah beranggapan
adalah perkara biasa yg tidak perlu dikhuatiri, ngee~
Apa yg bt sy
tertarik utk mengulas berkaitan isu ini mungkin juga telah beberapa kali
mengalami pengalaman sendiri dan juga pengalaman wanita2 lain yg rata2nya
menginginkan situasi seperti ini, tapi sebelum 2 sy minta maaf la terlebih
dahulu pada golongan adam sbb ada kaitan dgn anda berkenaan isu ni, ermm… (:
apa agak2nya ye?
Sy ada
soalan nk ditanyakan pada anda semua terutama pada mereka yg sedang bercinta
atau lebih tepat lg “couple”, sewaktu mula2 si dia melamar anda utk menjadi
kekasih hati bagaimanakah cara si dia meminta? Adakah melalui terus dari ibu bapa
anda? Atau..masuk secara belakang? Lebih tepat lagi secara senyap2 tanpa
pengetahuan mereka? Hurm… (:
Ada 2
situasi yg sy nk bangkitkan disini :-
1. Bercinta direstui
2. Bercinta tidak
direstui
Seronokkan bila
cinta kita direstui ibu bapa? Siapa x suka..betul x?huhu.. apa yg sy nk beri
pendapat ni sy kaitkan sedikit dgn pengalaman2 yg pernah sy lalui. Sy sangat
kagum pada mana2 lelaki yang melamar anak gadis org lain masuk ikut cara depan.
Kenapa sy kata begitu? Sy selalu ditanya dgn pelbagai pertanyaan berkaitan hal
ini, sbb mereka antara golongan yg nk tahu dgn siapakah sy skrg ini? Siapa pasangan
sy? Hurm, sangat prihatinkan mereka ni?hoho..
Melalui pemerhatian
sy selama 22 tahun hidup ni, rata2nya sekarang ini masing2 masih lagi di alam
belajar..sy yakin, akan ada lelaki yg akan cuba mendekati seseorang perempuan
itu, x kisah la pada pandangan yg bagaimana..org kata “dari mata turun ke hati”
gitu ;) sama ada dia cantik, comel, sejuk hati..dan sebagainya. Org2 yg mcmni
selalu sgt cepat kne rembat! Haha..
Lebih pada
pendapat sendiri la ea..siapa x rasa sunyi kan bila tgk org lain masing2 ada
kekasih hati, ataupun sedih bila tgk rakan2 seangkatan sudah berkahwin? Sy pn
begitu.. tapi bila nk mulakan sesuatu hubungan mestila ada salam
perkenalan..dari situlah cara pendekatan masing2 berbeza..
Kalau tanya sy
bagaimana yg sy mahukan, sy selalu perhati kaum adam ni..ye, mengakui suka sgt
pada seorang perempuan ni. Tapinya..nk mengorat 2 mcm2 cara, lelaki ni kalau
betul2 suka memg akan dapatkan sungguh, tapi bila dah dapat sesetengah ada yg
menghargai, sesetengah anggap pmpn mcm baju…perempuan pon cmtu jgk~ heh ;)
Yg sy x
berkenannya bila suka dan series tetapi mahukan hubungan senyap2 tanpa
pengetahuan ibu bapa terutamanya. Lelaki yg hormat dan faham kehendak perempuan
pasti x buat cmtu..apa alasan mereka rata2nya??
1. Belum bersedia
lah..
2. Masih belajar
lagi..
3. Ekonomi belum
stabil..
4.Tunggu masa je..
5.Takut nak jumpa!
Choi~
Haha, betul
x agak2?? Yup, itulah situasi yg sedang sy hadapi dan mgkin juga anda. Lelaki yg
prihatin apa yg dia akan lakukan? Walaupun dia sedar dia x seberapa nak
tanggung anak orang sekurang2nya berjumpa sajalah ibu bapa perempuan tersebut,
walaupun bukan untuk bernikah pada waktu sekarang tapi sekurang2nya mintalah
izin mereka hendak “berkawan”. Lelaki mcmtulah lelaki yg diidamkan..huhu, ini
tak..suka hati ajak couple tapi pengecut! Ajak keluar sesuka hati, telefon,
mesej.. kalau mcmtu lebih baik la jangan melamar jd kekasih hati kalau betul2 x sedia dan series..kawan biasa sajalah
sampai betul2 dah sedia, apa?? Takut kena rampas kalau lambat??? Sendiri fikir
la bhai..
Sy faham,
terlalu memahami mana2 lelaki sekalipun akan ada 1 ketakutan pada mereka bila
disuruh berjumpa ibu bapa wanita kesayangannya. Tapi percayalah akan mudah
jalannya kalau anda berfikiran ibu bapa harus didahulukan, sekiranya sy lelaki
perkara sama sy akan lakukan.. Kenapa harus takut?
Tapi percayalah,
wanita yg inginkan cara begini akan rasa selamat dan rasa hormat. Sebab ibu
bapa mereka beri persetujuan, restu..tetapi…….. SUDIKAH SI DIA?? Hurmm… itulah
persoalannya wahai tulang rusuk kananku~
Kekuatan sy
adalah berpunca dari kelemahan sy, sy akui pernah melakukan kesilapan. Mungkin
juga mereka ni memandang hanya perkara kebaikan yg ada pd sy. Bila sedikit saja
tersilap langkah..pelbagai andaian menghunus, sy bukan malaikat..sy manusia
sama seperti anda. Jatuh bangun sendiri..teringat sy semasa belajar dulu, niat
kerana hendak bercakap soal ikhtilat tetapi terbalik pula terungkit kisah2 yg x
berapa sedap, sudahnya pernah dipulaukan..macam2 la cerita itu cerita ini, tapi
sy kuatkan semangat..dan kebetulan pula Allah turunkan ujian maha berat pada
masa itu menguji sy dgn hadirnya seorang hamba Allah ni, ibarat pepatah kata “paku
dulang paku serpih, mengata orang dia yg lebih” pada masa itu Allah…Dia saja yg
memahami.. :’)
Dan sekarang,
bukan masanya utk pandang belakang lagi, teruskan hidup seperti biasa..Allah
sangat sayangkan hambanya yg selalu ingat padaNya..alhamdulillah, sy masih
diberi kekuatan itu malah mampu memaafkan insan yg pernah berdosa dgn sy suatu
masa dlu..
Masih tiada yg
mampu memahami diri ini, tetapi sentiasa mengharap hadirnya insan yg dapat
memahami diri ini. Sy insan lemah, maka tolong kuatkan sy..sy insan yg kurang
ilmu..maka pimpinlah sy utk melengkapkan kekurangan ilmu ini..
Semua pengalaman
ni mematangkan diri sy, dari situ sy belajar memahami lelaki, kenapa mereka
begitu begini. Hingga sekarang sy lali dengan taktik2 yg dapat sy agak so sy x
akan cepat melatah, Cuma perlu memahami berada ditempat mereka..andai ada
lelaki yg seperti tadi, mungkin sy antara ikhlas atau tidak. Itu sahaja yg sy
boleh beri respon. Tidak terlalu mengharap dan lebih menganggap seperti rakan2
yg lain. Tiada beza..
“TANGGUNGJAWAB
DIDAHULUKAN, AGAMA DIUTAMAKAN”
Itulah salah
1 ciri2 lelaki idaman sy..wakaka :p mungkin ada lelaki yg agak seram dan x
berani nk dekat dgn sy..hehe. x pelah..lebih baik menyerah diri sebelum sy
menarik diri.hoho..apa yg sy boleh katakan..bertindaklah wahai tulang rusuk
kananku (: sy sentiasa menantikan kamu..malah sy selalu mendoakan kamu dalam tahajjud agar dipelihara iman kamu dimana
saja kamu berada.. ^^
Seandainya ada
tersalah bicara atau bertentang dengan pendapat peribadi anda silakan
perbetulkan kesilapan sy..mudah2an sy mendapat sesuatu yg bermanfaat dari
anda.. :) insyaallah..
Jom layan lagu nie........^^
Allahumma
Amin…wallahua’lam..


No comments:
Post a Comment